Thursday, April 15, 2010

masalah sosial yang serabut…

Roots

Agaknya sekarang ni kepala aku semakin serabut dan kalau boleh dibayangkan dengan visual mungkin gambar yang aku ambik ni dapat menggambarkan macam mana keadaan kepala aku sekarang. Aku rasa sama juga dengan isu serabut yang satu ni. Selasa lepas aku pergi majlis perjumpaan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan para media dan penerbit filem dan tv. Seperti biasalah yang datang otai-otai filem dan tv seperti Datuk Yusuf Haslam, Datuk ke Datin Paduka Suhaimi Baba, David Teo, Yusuf Kelana dan ramai lagi.

Ceritanya sama ajelah, gejala sosial masyarakat Malaysia. Kes buang bayi, penderaan kanak-kanak, rogol dan macam-macam. Masing-masing bagi pendapat macam mana nak tangani masalah tersebut. Bagi aku, semuanya nak buat cam tu, cam ni dan semua mungkin berkesan. Tetapi, bagi aku diaorang lansung tak terfikir macam mana nak tackle masalah dari segi psikologi. Yang aku herankan masa zaman diaorang mana ada internet, handphone, tv dan banyak lagi. Masa aku kalau nak tengok tv aku kena pergi rumah jiran. Masa tu diaorang aje yang ada tv kat kampung tu. Dahlah kena bayar 10 sen lak sekali masuk.

Sekarang ni nak salahkan internet lak pasal pornografi, pasal budak kena rogol, seks bawah umur dan macam2 lagi. Sepatutnya diaorang ni kena ambik tahu atau keep up to date tentang perkembangan semasa serta teknologi untuk bersaing dengan minda budak2 ni. Zaman anak-anak sekarang ni ngek aje dah tau KFC, Pizzahut, Starbuck, Secret Recepilah dan macam-macam. Soalnya sekarang kenapa macam nak bendung bukan nak halang. Bagi aku bendung dari segi keseluruhan permasalahan yang berhubungkait dan halang akan membawa ke arah bencana yang lebih mendalam umpama mencurah minyak ke unggun api.

Sepatutnya bagi aku, kita kena tengok dari aspek kerohanian kanak-kanak, remaja dan juga struktur organisasi kekeluarga mereka. Di samping itu faktor kemiskinan dan kemewahan juga memainkan peranan dalam masalah ini. Macam mana kanak-kanak atau individu tersebut berhubung. Aku percaya kalau kita treat our children with respect and understand them properly maybe banyak perkara yang sepatutnya tidak berlaku dapat kita elakkan.