Thursday, February 3, 2011

Conviction

220px-Conviction_2010_film

Berdasarkan kisah benar seorang ibu tunggal Betty Anne Waters (lakonan Hilary Swank) bertekad membebaskan adik lelakinya Kenneth "Kenny" Waters (lakonan Sam Rockwell) yang dituduh membunuh kejam seorang wanita Katharina Bow di Ayer, Massachusetts pada 1983. Adiknya didapati bersalah dan dipenjara tanpa parol. Betty Anne Waters sanggup menempuhi pelbagai dugaan dan tomahan untuk mendapat "law degree"nya demi menjadi seorang peguam supaya beliau boleh membebaskan adiknya. Betty Anne Waters berjaya membebaskan adiknya dengan bantuan NGO "Innocence Project" apabila beliau mendapat bahan bukti baru terbaru melalui ujian DNA yang belum diperkenalkan ketika era 80an selepas 2001. Lakonan berkesan dari Hilary Swank yang aku kenal dari Boys Don't Cry dan Million Dollar Baby mendapat pengiktirafan lakonan terbaik Oscar dan Golden Globe. Aku amat kagum dengan semangat kasih sayang Betty Anne Waters yang menempuhi lebih 18 tahun berjuang untuk membebaskan adiknya. Yang bestnya, dia ni belajar untuk dapat law degree demi membebaskan adiknya bukan sebagai kerjayanya. Ada juga orang macam dia ni...

2 comments: