Wednesday, February 2, 2011

Tahun Baru Cina…Tahun Arnab

imagesCA6O7WH0

Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh warga Malaysia yang menyambutnya. Aku rasa kena cakap macam tu sebab negara kita yang berbilang kaum dan kawin campur akan menyambut hampir semua perayaan keagamaan yang ada di Malaysia. Serupa macam aku juga dulu. Mendiang atuk sebelah mak aku berbangsa Cina. Jadi aku sambut ler Tahun Baru Cina. Itu pun seingat aku sambut sampai aku umur 5-6 tahun jer. Sebabnya orang tua tu dah meninggal. So lepas tu aku sambut raya pulak. Panjang cerita tapi dipendekkan aku dah merasa hampir semua perayaan utama. Walau apapun, aku harap tahun arnab ni mendatang “ong” untuk aku selepas aku baca horoscope aku tadi. Sebagai “water rat” dalam tahun arnab ada ler peluang untuk maju dari kerjajaya, kewangan tapi kena jaga2 kesihatan terutamanya perut aku. Tapi itu sekadar untuk pengetahuan bolehlah. Bagi aku semua kejayaan tidak akan datang sendiri kalau kita tak berusaha untuk mendapatkannya. Anyway, Happy Chinese New Year Malaysian!!!….

No comments:

Post a Comment