Monday, September 3, 2012

Himpunan Janji Ditepati Sempena Hari Kemerdekaan Ke-55

Bukit Jalil 2

Himpunan Janji Ditepati sempena Hari Kemerdekaan Ke-55 di Stadium Nasional Bukit Jalil telah diadakan pada 31 Ogos lalu. Dianggarkan lebih 100 ribu orang hadir (termasuk yang dikerah/diarah/dibayar) bagi memeriahkan acara tersebut. (Kononnya) Dua rekod pencapaian di dalam Malaysia Book of Records telah dicipta iaitu tweet terbanyak dalam masa sejam dan juga dikir barat teramai memecahkan rekod lama iaitu 5000 org sebelum ini. Acara ini juga mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada beberapa ikon di dalam bidang tertentu seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicole David, Pandeleela Rinong serta Yuna. Acara ini juga diserikan dengan persembahan artis-artis terkenal tanahair di pentas utama dan di 2 pentas persembahan di luar stadium.

No comments:

Post a Comment